Laman ini menggunakan kuki. Dengan terus menggunakan tapak ini anda bersetuju kami menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut di sinix
Bahasa Melayu
  • Eropah
  • English (UK)
  • Pусский язык
  • Język polski
  • Türkçe
  • Română
  • Norsk
  • Suomi
  • Nederlands
  • Español
  • ελληνικά
  • Asia
  • English (Asia)
  • 中國普通話
  • ภาษาไทย
|

Keyakinan datang dari dalam

Laman Utama Perihal Kami Pencari Produk Layari Produk Kajian Kes Hubungi Kami Pengedar OEM Approvals

Kuki di Comma Oil

Kuki di Comma Oil

Laman ini, sama seperti banyak laman lain, menggunakan fail kecil yang dipanggil “kuki” bagi membantu menyesuaikan pengalaman anda. Ketahui lebih lanjut tentang kuki dan cara anda boleh mengawalnya.

Halaman ini mengandungi maklumat tentang apa itu 'kuki', kuki yang digunakan oleh Comma Oil, cara untuk mematikan kuki di pelayar web anda dan beberapa pautan berguna untuk maklumat lanjut.

Apa itu 'kuki?

'Kuki' ialah fail teks kecil yang disimpan oleh pelayar web (cth. Internet Explorer, Chrome atau Safari) di komputer atau telefon mudah alih anda. Peranti anda boleh membaca dan menulis fail ini, membolehkannya menyimpan perkara-perkara seperti butiran pemperibadian atau keutamaan pengguna. Setiap domain web hanya boleh mengakses kuki yang disimpan oleh domain web itu sahaja. Ini bermaksud hanya pelayan Comma Oil boleh mengakses kuki tersebut. Kebanyakan halaman web mengandungi elemen daripada berbilang domain web. Oleh itu apabila anda melawat Comma Oil, pelayar anda mungkin menerima kuki daripada beberapa sumber.

Bagaimanakah Comma Oil menggunakan kuki?

Kunjungan ke halaman di Comma Oil mungkin menghasilkan jenis-jenis kuki berikut:

  • kuki analitik tanpa nama,
  • kuki pendaftaran,
  • kuki bagi membantu menghasilkan saranan aplikasi

Kuki analitik tanpa nama

Setiap kali pengguna melawat laman web kami, perisian analitik web yang disediakan oleh pihak ketiga akan menjana kuki analitik tanpa nama. Kuki ini boleh memberitahu kami sama ada anda pernah melawat laman tersebut atau tidak. Pelayar anda akan memberitahu kami sama ada anda mempunyai kuki ini atau tidak, dan jika tidak, kami akan menjana kuki baharu. Ini membolehkan kami mengesan berapa ramai pengguna unik individu yang kami miliki dan berapa kerap mereka melawat laman kami. Kuki ini tidak boleh digunakan untuk mengenal pasti individu; ia digunakan untuk tujuan statistik sahaja. Ini membolehkan kami, sebagai contoh, mengetahui halaman mana yang paling banyak dilawati pada satu-satu masa.

Kuki pendaftaran

Apabila anda mendaftar dengan Comma Oil, kami menjana kuki yang memberi isyarat sama ada anda mendaftar masuk atau tidak.

Pelayan kami menggunakan kuki ini untuk mengetahui anda mendaftar masuk ke akaun mana, dan sama ada anda dibenarkan akses kepada perkhidmatan tertentu atau tidak.

Semasa anda mendaftar masuk, kami menggabungkan maklumat daripada kuki pendaftaran anda dengan kuki analitik, yang boleh kami gunakan bagi mengenal pasti halaman mana yang anda lihat di laman web kami sebagai pengguna.

Bagaimana untuk mematikan kuki?

Anda boleh menghentikan pelayar anda daripada menerima kuki, atau menghentikannya daripada menerima kuki dari laman web tertentu. Namun, anda akan mendapati bahawa beberapa aspek Comma Oil akan berhenti berfungsi atau tidak berfungsi dengan baik jika anda berbuat demikian. (Sebagai contoh, kami tidak boleh memberi anda saranan penggunaan, oleh itu anda tidak akan dapat melihat produk apa yang sesuai untuk digunakan pada kenderaan anda.)

Semua pelayar web moden membolehkan anda menukar tetapan kuki anda. Tetapan ini biasanya boleh ditemui di menu 'options' atau 'preferences' pelayar web anda. Bagi memahami tetapan ini, pautan berikut mungkin berguna. Jika tidak, anda boleh gunakan pilihan 'Help' di pelayar web anda untuk mendapatkan butiran lanjut.

Tetapan kuki di Internet Explorer
Tetapan kuki di Firefox
Tetapan kuki di Chrome
Tetapan kuki di Safari

Kami tidak mengesyorkan anda mematikan kuki semasa melawat Comma Oil. Ini kerana ia akan menghalang anda daripada memperoleh saranan penggunaan atau, sekiranya anda pengguna berdaftar, ia menghalang anda daripada log masuk ke akaun anda.

Sekiranya anda bimbang tentang kuki pihak ketiga yang dijana oleh pengiklan, anda boleh mematikannya dengan pergi ke Your Online choices.


Bahagian Atas Halaman