Laman ini menggunakan kuki. Dengan terus menggunakan tapak ini anda bersetuju kami menggunakan kuki. Ketahui lebih lanjut di sinix
Bahasa Melayu
  • Eropah
  • English (UK)
  • Pусский язык
  • Język polski
  • Türkçe
  • Română
  • Norsk
  • Suomi
  • Nederlands
  • Español
  • ελληνικά
  • Asia
  • English (Asia)
  • 中國普通話
  • ภาษาไทย
|

Keyakinan datang dari dalam

Laman Utama Perihal Kami Pencari Produk Layari Produk Kajian Kes Hubungi Kami Pengedar OEM Approvals

Comma - Perihal Kami

Moove Lubricants Limited ialah pengeluar dan pembekal pelincir automotif, bahan kimia dan bahan sampingan yang bertaraf dunia. Produk berjenama Comma yang spesifik untuk kenderaan dan diluluskan oleh pengeluar untuk kenderaan penumpang, kenderaan komersil ringan dan barangan berat diedarkan ke lebih daripada 40 pasaran global.

Ditubuhkan sebagai pengadun minyak bebas pada tahun 1965, Comma dengan pantas mengukir reputasi yang dicemburui kerana kualiti produk dan perkhidmatannya. Dengan timbulnya krisis minyak dan tenaga dalam tahun-tahun 1970-an dan 1980-an, syarikat ini diambil alih oleh Esso Petroleum Company Ltd, dalam tahun 1989. Ini memastikan kesinambungan pembekalan minyak asas berkualiti untuk pelincir enjin sintetik yang terjamin menggantikan produk galian. Dalam tahun 1999, Esso Petroleum Company Ltd menjadi sebahagian daripada gabungan ExxonMobil.

Comma terus berkembang pesat, meluaskan bahagian pasaran untuk produknya sendiri dan pada masa yang sama membangunkan dan mengagihkan pelincir berjenama premium dan bahan kimia bagi pihak Esso dan Mobil. Hubungan label persendirian terpilih dengan kumpulan pembeli alat ganti dan komponen terbesar juga memacu pertumbuhan tahun demi tahun Comma yang mengagumkan.

Tahun-tahun awal abad yang baru menyaksikan pelaburan berterusan di dalam evolusi produk, perkhidmatan pelanggan dan program pemasaran untuk membina jenama Comma. Inovasi yang menjadi perintis di dalam sistem aplikasi, latihan, pendidikan dan alat perniagaan digital yang canggih bergabung untuk meletakkan Comma sebagai entiti utama di dalam pasaran sasarannya.

Dalam bulan Julai 2012, Comma dijual oleh ExxonMobil kepada penerima lesennya di Amerika Selatan, Moove Lubrificantes e Especialidades S.A yang beribu pejabat di São Paulo, Brazil. Dengan program perkembangan antarabangsa jangka panjang tersusun dengan mantap, Moove memberikan sokongan padu kepada cita-cita Comma untuk menjadi jenama alat ganti dan komponen global yang terkemuka di mana saja produknya dijual.